CSR
1-300-88-5862
1-300-88-5862
Business With Us
Job Vacancy at KTMB
Link to MyGov Portal
KTMB My Channel
KTMB Tourism Blogspot
Photo/Video Gallery
Intranet System
KTMB OWA Email (Staff)

Sep 2010
S M T W T F S
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
       
 
SMS “MOBILE TICKETING”
 

TERMA DAN SYARAT

 

Sila baca dan fahamkan Terma & Syarat berikut yang akan merangkumi penggunaan perkhidmatan Pesanan Ringkas yang disini disebut sebagai SMS.

 

Tuan/puan adalah terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat berikut sekiranya tuan/puan akses Perkhidmatan dan sekiranya tuan/puan tidak bersetuju dengan terma-terma & syarat-syarat ini tuan/puan hendaklah menghentikan Perkhidmatan ini dengan segera.

 

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG TERPAKAI TERHADAP PENGGUNAAN PERKHIDMATAN SMS

 

Penggunaan Perkhidmatan adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat berikut dan setiap masa.

 

PENGGUNAAN DATA

 

Tuan/puan mengetahui dan membenarkan KTMB mengumpul atau menyimpan apa-apa maklumat peribadi atau apa-apa maklumat tentang tuan/puan untuk digunakan dalam Perkhidmatan ini.

 

PENGGUNAAN PERKHIDMATAN SMS

 

1)                   Tarif

 

1.0                          SMS bagi tempahan yang berjaya akan dicaj RM2.00 dan caj RM0.50 untuk SMS peringatan tarikh pengambilan tiket (reminder) dan ini tidak termasuk caj SMS biasa dari operator anda.

 

1.1             SMS bagi tempahan yang gagal kerana telah kehabisan tiket akan dicaj RM0.50 dan ini tidak termasuk caj SMS biasa dari operator anda.

 

2)                   Perkhidmatan

 

2.0                          Perkhidmatan ini membenarkan anda untuk menempah tiket melalui SMS, kepada telefon bimbit anda berkeupayaan dengan kadar yang dikenakan oleh KTMB dari masa ke semasa.

 

2.1             KTMB berhak mengembangkan perkhidmatan tersebut kepada perkhidmatan lain.

 

2.2                          Anda bertanggungjawab ke atas setiap kos yang dicaj kepada anda sekiranya anda, dengan cara tidak sengaja atau sengaja, memadam, mengganti atau menghapus salah satu item atau sebaliknya.

 

2.3                          Perkhidmatan ini ditawarkan kepda semua pelanggan talian 012,013,014,016,017 dan 019 (prabayar dan talian tetap)

 

2.4                          Individu yang berumur 18 tahun ke bawah perlu mendapatkan persetujuan ibubapa/penjaga terlebih dahulu sebelum layak menggunakan perkhidmatan ini.

 

2.5                          Sebaik (SMS) memuat turun maklumat diterima dari anda, sistem SMS KTMB akan menghantar maklumat yang diminta kepada telefon bimbit anda. Sekiranya permohonan muat turun anda tidak lengkap atau salah atau sekiranya KTMB mendapati sebarang sebab yang perlu, KTMB berhak untuk menolak permintaan anda tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

 

2.6                          KTMB adalah berkecuali dari sebarang kegagalan, kerosakan atau kelewatan penghantaran maklumat yang disebabkan oleh perkara berikut :

 

2.6.0         Telefon bimbit anda tidak menyokong SMS

 

2.6.1    Telefon bimbit anda berada di luar kawasan perkhidmatan atau untuk satu sebab lebih, tidak boleh dihubungi;

 

2.6.2         Sebarang sebab kegagalan yang tidak berkaitan dengan KTMB;

 

2.6.3    Waktu yang perlahan disebabkan kesesakan trafik rangkaian perkhidmatan yang disebabkan oleh penyedia perkhidmatan yang disebabkan oleh penyedia perkhidmatan talian;

 

2.6.4         Baki kredit tidak mencukupi bagi pengguna prabayar.

 

3)                   Kesesuaian

 

Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan telefon bimbit dan sebarang peralatan yang diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan ini dan membayar sendiri semua kos terlibat selama waktu menggunakan perkhidmatan ini. 

 

4)                   Jumlah Tempahan

 

Jumlah tempahan bagi setiap SMS ialah empat (4) keping tiket sahaja. Untuk selebihnya pengguna perlu mengulangi langkah pertama.

 

5)                   Tempoh Pengambilan Tiket

 

Tiket hendaklah diambil di kaunter tujuh (7) hari sebelum tarikh perjalanan bagi tempahan  jangka panjang dan dua (2) hari sebelum tarikh perjalanan bagi tempahan jangka pendek.

 

Contoh :-

 

Tempahan yang dibuat dalam tempoh dua (2) bulan sebelum tarikh perjalanan, tiket perlu diambil di kaunter tujuh (7) hari sebelum tarikh perjalanan. Untuk tempahan yang dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh perjalanan, tiket hendaklah diambil di kaunter dua (2) hari sebelum tarikh perjalanan.

 

6)                   Nombor tempat duduk

 

Peluang mendapat nombor urutan tempat duduk untuk tempahan lebih dari satu tiket tertakluk kepada sedia ada kekosongan sewaktu tempahan. Jika tidak tempahan anda terbatal secara automatik.

 

7)                   Tempoh Tempahan Tiket

 

Tempahan tiket melalui SMS boleh dibuat dalam tempoh dua (2) bulan sebelum tarikh perjalanan atau tertakluk kepada perubahan oleh pihak KTMB.

 

8)                   Tempahan Tiket Melalui SMS

 

Perlu diingat perkhidmatan SMS ini hanya untuk tempahan tiket sahaja. Anda akan diberi nombor rujukan yang perlu ditunjukkan kepada pegawai kaunter tiket KTMB sewaktu datang untuk membuat bayaran dan mengambil tiket di kaunter tiket.

 

9)                   Jenis Kelas

 

Buat masa ini tempahan melalui SMS hanya berfungsi untuk tiga jenis kelas.  

A: Pantai Timur     -  AEC Kelas Ekonomi (Economy Class/air-conditioned

                               class ).

B: Selatan            -  ASC Kelas Atasan ( Superior Class/air-conditioned

                               second class).

C: Utara               - AEC Kelas Ekonomi ( Economy Class/air-conditioned

                              class ). 

 

10)               Gangguan Sistem SMS

 

KTMB tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa gangguan, kelewatan, kegagalan atau kehilangan maklumat yang disalurkan atau apa apa virus atau harta yang mencampuri dan merosakkan sistem SMS ini.

KTMB tidak memberikan representasi dan waranti berhubung dengan ketepatan, kegunaan atau prestasi perisian pihak ketiga yang mungkin digunakan dengan sistem SMS ini.

 

11)               Terma dan Syarat AM

 

Tanpa menyentuh dan menjejaskan umum fasal dalam terma-terma dan syarat-syarat ini, tuan/puan bersetuju secara nyata bahawa tuan/puan akan menanggung risiko yang timbul termasuk secara tidak sengaja akibat daripada penggunaan perkhidmatan ini.

 

Sekiranya berlaku percanggahan antara versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tentang terma-terma dan syarat-syarat ini, apa-apa maklumat yang terdapat dalam mana-mana risalah berkenaan perkhidmatan ini, versi Bahasa Inggeris akan dirujuk.

 

 

 

Intercity Services is always on the move to research and market new technologies to provide better and fast services for our customers to reach us through the Ticketing System, ticket counters and call centers.  

 

Starting from June 03, 2008, Intercity Services has embarked on a new era of servicing 'SMS Mobile Ticketing', the easier way to book train ticket. 

 

For further enquiry, please call 603-7727 6311 on Monday to Friday from 9 am – 6 pm except on public holidays.