CSR
1-300-88-5862
1-300-88-5862
Business With Us
Job Vacancy at KTMB
Link to MyGov Portal
KTMB My Channel
KTMB Tourism Blogspot
Photo/Video Gallery
Intranet System
KTMB OWA Email (Staff)

Sep 2010
S M T W T F S
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
       
 
Status Jualan Tiket KTM Antarabandar Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2010
 

Maklumat Dikemaskini Sehingga 3 Februari 2010
 

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal diraikan pada 14 Februari 2010, KTM Berhad telah menawarkan sejumlah 91,032 keping tiket perjalanan pelbagai sektor dari 10 Februari 2010 hingga 21 Februari 2010. Dari jumlah tersebut, 37,824 keping tiket pelbagai kelas ditawarkan untuk perjalanan pulang ke kampung halaman dari tarikh 10 Februari 2010 hingga 14 Februari 2010 manakala baki 53,208 keping tiket pelbagai kelas ditawarkan dari tarikh 15 Februari 2010 hingga 21 Februari 2010.
    
Berikut merupakan data jualan tiket bagi tarikh dinyatakan untuk pelbagai sektor (Utara, Tengah, Selatan dan Timur):
  



Tarikh


Tiket Disediakan(keping tiket)


Tiket Terjual(keping tiket)


Baki (keping tiket)

10 Februari 2010 – 14 Februari 2010

37,824

29,036

8,788

15 Februari 2010 - 21 Februari 2010

53,208

28,756

24,452

JUMLAH

91,032

57,792

33,240

 

Dari jumlah tersebut, perjalanan di sektor Utara, Timur dan Selatan dari tarikh 10 Februari hingga 13 Februari 2010 kebanyakannya telah habis dijual manakala tiket untuk perjalanan dari tarikh 14 Februari 2010 hingga 21 Februari 2010 masih boleh didapati untuk kebanyakan perkhidmatan.
  
KTM Berhad sedang dalam usaha untuk menambahkan koc bagi tarikh-tarikh puncak dan sebarang penambahan akan dimaklumkan kemudian.
    
Perkembangan jualan tiket akan dikemaskini dari masa ke semasa.
 
KTM Berhad mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberi dan memohon agar para pengguna kami mematuhi arahan keselamatan di sepanjang perjalanan.
 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-5862.

   

Dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat, KTM Berhad