SILA AMBIL PERHATIAN
Disebabkan pelaksanaan kerja-kerja fasa akhir penyiapan Projek Landasan Berkembar Sentul – Batu Caves, Stesen Sentul ditutup buat sementara waktu dari 18 Disember 2009 sehingga 20 Disember 2009. Perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang-Sentul akan hanya beroperasi di antara sektor Pelabuhan Klang – Kuala Lumpur sahaja.
Sebagai langkah menampung ketiadaan perkhidmatan tren di antara Kuala Lumpur – Sentul, perkhidmatan bas shuttle Sentul – Kuala Lumpur – Sentral KL akan disediakan untuk kemudahan orang ramai dengan kekerapan setiap 15 minit. Bas akan mengambil dan menurunkan penumpang di pintu masuk setiap stesen yang terlibat.
KTM Berhad memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh para pengguna perkhidmatan KTM Komuter di laluan berkaitan sepanjang tempoh tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200.
ATTENTION PLEASE
Due to work execution for the final phase of the Sentul - Batu Caves Double Tracking Project, Sentul Station will be temporarily closed from 18 December till 20 December 2009. The KTM Komuter services for Pelabuhan Klang – Sentul sector will only be operating from Pelabuhan Klang to Kuala Lumpur.
To accommodate the service interruption for this sector, a shuttle bus service plying Sentul - Kuala Lumpur – Sentral KL is available for passengers at 15 minutes interval. The shuttle bus will pick up and drop off the passenger at the entrance of the stations involved.
KTM Berhad wishes to apologize to all passengers for the inconvenience caused by the temporary closure of the station.
For further information, kindly contact our Call Centre at 03-22671200. |