
|
TERMA-TERMA DAN SYARAT SYARAT
Peraduan ini terbuka kepada semua penumpang KTM Komuter;
Kakitangan KTMB dan keluarga terdekat tidak layak menyertai peraduan ini;
Peraduan ini bermula pada 9 Mac 2010 dan berakhir pada 31 Ogos 2010 ;
Sebanyak 30 pemenang akan dipilih setiap bulan (3 pemenang hadiah utama dan 27
pemenang hadiah saguhati);
Penyertaan HANYA melalui laman web KTMB iaitu www.ktmb.com.my;
Tema peraduan foto ini ialah “SAAT CERIA BERSAMA KAMI”. Foto hendaklah di ambil
samada berlatarbelakangkan di atas tren KTM Komuter ataupun di dalam kawasan stesen,
foto menunjukkan saat-saat ceria semasa menggunakan perkhidmatan tren Komuter;
Foto dikehendaki menyertakan keterangan (caption) yang tidak melebihi daripada
10 patah perkataan untuk setiap penyertaan;
Hanya foto digital fail JPEG diterima untuk peraduan ini. Fail JPEG mesti tidak
melebihi 1MB dan/atau mengikut foto yang bersaiz di antara 4R dan 5R;
Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu foto untuk setiap penyertaan.
Foto bewarna dan/atau hitam putih diterima;
Foto yang dihantar oleh peserta adalah milik/hasil kerja ASLI peserta tersebut dan
ianya diambil/ditangkap sendiri oleh peserta;
Semua foto yang dihantar oleh peserta MENJADI MILIK KTMB. KTMB berhak untuk
menggunakan foto-foto yang dihantar oleh semua peserta untuk sebarang aktiviti
atau cetak semula tanpa sebarang kos;
Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak dilayan;
Para pemenang akan dimaklumkan oleh KTMB dan semua hadiah boleh
diambil di Pejabat KTM Komuter di KL Sentral.
|