PORTAL RASMI

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD

"MERAKYATKAN KERETAPI"
  • |
shuttle tebrau

Transformasi KTMB

Tarikh disiarkan : 23-02-2016    Disiarkan oleh : Main Administrator

  • Baru - baru ini KTMB memperkenalkan satu transformasi terhadap sistem tiket ETS dan Intercity dengan melancarkan Mob Tiket. Apakah Mob Tiket ini?
    Mob Tiket bererti "Mobile Ticket". Ianya adalah kemudahan untuk membeli tiket Intercity dan ETS menggunakan telefon pintar atau alat mudah alih (mobile) yang mempunyai perisian Android dan IOS.
  • Apakah perbezaan KTMB Mob Tiket dengan tiket konvensional?
    KTMB Mob Tiket adalah tiket yang ditempah dan boleh dimuat turun dan boleh dipaparkan melalui skrin telefon pintar, tablet atau apa sahaja alatan elektronik mudah alih yang mempunyai perisian Android atau IOS.

    Mob Tiket ini tidak perlu dicetak seperti konvensional dan boleh dipaparkan di skrin alat mudah alih semasa pengesahan tiket di pintu pelepasan tren dan sah sebagai tiket perjalanan.
  • Bagaimana tempahan KTMB Mob Tiket dilakukan?
    Tempahan boleh dibuat dengan cara memuat turun aplikasi KTMB Mob Tiket. Seterusnya daftar sebagai pengguna ikuti langkah yang diberikan untuk menempah dan membeli tiket. Mob Tiket amat mudah digunakan.
 

Hits : 23849