PORTAL RASMI

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD

"MERAKYATKAN KERETAPI"
  • |
shuttle tebrau

Shuttle Tebrau

Tarikh disiarkan : 14-11-2016    Disiarkan oleh : Subsidiaries Unit Administrator

KTM Berhad akan melaksanakan proses dan terma baharu untuk jualan tiket Tren Shuttle Tebrau bagi laluan JB Sentral - Woodlands - JB Sentral mulai perjalanan bertarikh 01 Dec 2016. Rasionalisasi pindaan ini adalah untuk membendung gejala penyalahgunaan tiket dan mengelakkan lebihan penumpang di dalam tren. Dengan perlaksanaan proses dan terma baharu untuk jualan tiket KTMB dapat memastikan semua penumpang memiliki tiket yang sah untuk menaiki tren.
  • 1. Adakah terdapat perubahan kepada jadual waktu/jenis tiket/tren?
    Tidak. Jadual waktu, jenis tiket dan tren yang digunakan adalah KEKAL seperti sedia.
  • 2. Bilakah proses dan terma bahru untuk jualan tiket Shuttle Tebrau ini akan bermula?
    Untuk perjalanan bermula 01 Dis 2016.
  • 3. Apakah yang dimaksudkan dengan proses dan terma baharu untuk jualan tiket baharu?
    Sila rujuk jadual 1 dibawah
  • 4. Adakah KTMB menyediakan Pas Bulanan untuk pengguna tren Suttle Tebrau?
    Tidak. KTMB tidak menyediakan Pas Bulanan untuk perkhidmatan tren Shuttle Tebrau.
  • 5. Bolehkah saya membayar tiket ini menggunakan kad kredit?
    Boleh menggunakan kad kredit di kaunter tiket KTM Intercity terpilih yang mempunyai kemudahan tersebut.
  • 6. Bolehkah saya membeli tiket tren ini secara online?
    Tidak. Pembelian hanya melalui kaunter tiket KTMB sahaja.
  • 7. Bolehkah saya meminda tarikh perjalanan?
    Pindaan tarikh atau masa perjalanan tidak dibenarkan.
  • 8. Bolehkah saya membatalkan tiket Tren Shuttle?
    Pembatalan tiket dibenarkan sebelum tren dijadualkan berlepas dengan pemulangan tambang 50%.
  • 9. Bolehkah saya mencetak semula tiket tren Shuttle Tebrau?
    Tidak. Pelanggan mesti membeli tiket tren Shuttle Tebrau yang baharu jika kehilangannya.
  • 10. Adakah saya boleh menaiki mana-mana perkhidmatan tren Shuttle Tebrau menggunakan tiket Tren Shuttle Tebrau ini?
    Tidak. Pemegang tiket tren Shuttle Tebrau hanya boleh menaiki perkhidmatan tren Shuttle Tebrau seperti yang dinyatakan di dalam tiket sahaja.
  • 11. Adakah KTMB meletakkan limit maksimum untuk seorang pelanggan membeli tiket tren Shuttle Tebrau ini?
    Setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli maksimum 4 keping tiket tren Shuttle Tebrau yang sama pada satu-satu masa.
  • 12. Apakah tindakan KTMB untuk membantu mengurangkan kesesakan di kaunter tiket?
    KTMB dalam proses menyediakan perkhidmatan jualan tiket menggunakan kiosk tiket di JB Sentral dan Woodlands dan jualan secara online melalui mobile apps.
  • 13. Di mana boleh saya dapatkan jadual tren Shuttle Tebrau?
    I. Di laman web rasmi KTMB, www.ktmb.com.my
    II. Melalui email, callcenter@ktmb.com.my
    III. Poster di stesen.
  • 14. Bagaimanakah penumpang melalui pemeriksaan Kastam dan Imegresen?
    Pemeriksaan passport dan bagasi oleh Jabatan Imigresen dan Kastam Malaysia adalah tidak berubah seperti sekarang, iaitu di kaunter Imigresen Malaysia di Aras 2, Stesen JB Sentral dan diikuti dengan pemeriksaan bagasi oleh pihak Kastam.
    Penumpang adalah diwajibkan untuk membawa bersama dokumen dan semua barang-barang bagi tujuan pemeriksaan. Penumpang tidak dibenarkan untuk meninggalkan sebarang bagasi di atas tren. Pihak KTMB tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan barang-barang yang ditinggalkan di atas tren.
  • 15. Apakah rasionalisasi proses dan terma bahru untuk jualan tiket tren Shuttle Tebrau ini?i?
    I.Melancarkan pergerakan penumpang supaya lebih bersistematik dan teratur
    II.Mencegah penyalahgunaan E Ticket melalui cetakan berganda
    III.Mencegah manipulasi tiket dua hala berikutan permintaan tinggi
    IV.Memastikan penumpang menaiki tren menggunakan tiket yang sah
    V. Mencegah lebihan penumpang terutama pada waktu sesak


Hits : 116268