PORTAL RASMI

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD

"MERAKYATKAN KERETAPI"
  • |

PERKEMBANGAN SEMASA

Tarikh disiarkan : 12-07-2016    Disiarkan oleh : Main Administrator

  • Larian Tren Simen YTL dengan membawa sebanyak 48 gerabak
Innovasi yang berterusan dilakukan bagi meningkatkan kecekapan pengendalian operasi dan larian tren barang.
 
Tren yang membawa muatan simen untuk syarikat YTL Cement Sdn Bhd sebelum ini dilarikan sebanyak tiga (3) tren sehari dengan membawa sebanyak 30 gerabak bagi setiap tren menjadikan 90 gerabak simen diangkut setiap hari membawa bekalan simen dari kilang simen di Padang Rengas ke Batu Caves untuk agihan simen di Lembah Klang.
 
Perkhidmatan tiga (3) tren sehari ini telah dikurangkan kepada dua (2) tren sehari dengan setiap tren membawa sebanyak 48 gerabak menjadi 96 gerabak simen dinagkut setiap hari dari Padang Rengas ke Batu Caves. Innovasi yang telah dilakukan ini dapat mengurangkan kos operasi bagi mengendalikan tren simen YTL disamping dapat membawa lebih muatan.