PORTAL RASMI

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD

"MERAKYATKAN KERETAPI"
  • |

Konsesi untuk pelanggan Tren Antarabandar

Tarikh disiarkan : 10-06-2016    Disiarkan oleh : Subsidiaries Unit Administrator

 
  • Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
    Konsesi Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang masih di dalam perkhidmatan, layak menikmati harga tiket konsesi bagi perkhidmatan KTM Intercity dan ETS sebanyak dua puluh lima peratus (25%) dari tambang perjalanan.

    Kelayakkan untuk mendapatkan konsesi ini hanya untuk perkhidmatan KTM Intercity dan ETS bagi sektor perjalanan ke Utara, Timur dan Selatan. Jenis kelas yang layak mendapat harga konsesi adalah:

    Tempat Duduk.
    Kelas Satu Prima / Air-cond First Class (AFC)
    Kelas Dua Superior / Air-cond Second Class (ASC)
    Kelas Ekonomi / Air-cond Economy Class (AEC)

    Tempat Tidur.
    Kelas Satu 2plus / Air-cond 2Plus Night Sleeper (ADNFB)
    Kelas Satu Selesa / Air-cond Deluxe Night Sleeper (ADNFD)
    Kelas Superior / Air-cond Superior Night Sleeper (ADNS)

    Layak bagi anggota Polis yang masih berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Anggota Polis lelaki layak mendapat untuk mendapat harga tiket konsesi termasuk dua (2) orang isteri dengan mengemukakan dokumen pengesahan perkahwinan ketika pembelian. Anggota Polis wanita layak mendapat untuk mendapat harga tiket konsesi termasuk suami dengan mengemukakan dokumen pengesahan perkahwinan ketika pembelian.
    Anak Polis yang berumur di antara 13-18 tahun atau yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi serta tidak melebihi usia 21 tahun layak mendapat harga tiket konsesi.
    Bagi kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun, tambang perjalanan adalah percuma.
    Manakala, kanak-kanak berumur genap empat (4) tahun hingga dua belas (12) tahun, tambang perjalanan adalah 50% dari tambang perjalanan biasa dewasa.
    Polis sukarela dan Polis Bantuan TIDAK LAYAK mendapat harga tiket konsesi.
  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
    Konsesi Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang masih di dalam perkhidmatan, layak menikmati harga tiket konsesi bagi perkhidmatan ETS sebanyak dua puluh lima peratus (25%) dari tambang perjalanan. Kelayakkan untuk mendapatkan konsesi ini hanya untuk perkhidmatan KTM Intercity dan ETS bagi sektor perjalanan ke Utara, Timur dan Selatan. Jenis kelas yang layak mendapat harga konsesi adalah:

    Tempat Duduk.
    Kelas Satu Prima / Air-cond First Class (AFC)
    Kelas Dua Superior / Air-cond Second Class (ASC)
    Kelas Ekonomi / Air-cond Economy Class (AEC)

    Tempat Tidur.
    Kelas Satu 2plus / Air-cond 2Plus Night Sleeper (ADNFB)
    Kelas Satu Selesa / Air-cond Deluxe Night Sleeper (ADNFD)
    Kelas Superior / Air-cond Superior Night Sleeper (ADNS)
    Layak bagi anggota Tentera yang masih berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Anggota Tentera lelaki layak mendapat untuk mendapat harga tiket konsesi termasuk dua (2) orang isteri dengan mengemukakan dokumen pengesahan perkahwinan ketika pembelian. Anggota Tentera wanita layak mendapat untuk mendapat harga tiket konsesi termasuk suami dengan mengemukakan dokumen pengesahan perkahwinan ketika pembelian.

    Anak Tentera yang berumur di antara 13-18 tahun atau yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi serta tidak melebihi usia 21 tahun layak mendapat harga tiket konsesi.
    Bagi kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun, tambang perjalanan adalah percuma.
    Manakala, kanak-kanak berumur genap empat (4) tahun hingga dua belas (12) tahun, tambang perjalanan adalah 50% dari tambang perjalanan biasa dewasa.
    Tentera / Polis sukarela dan Polis Bantuan TIDAK LAYAK mendapat harga tiket konsesi.
  • Orang Kelainan Upaya
    LAYAK untuk individu yang mempunyai hanya kecacatan fizikal / mental; Orang-orang yang kurang upaya perlu berdaftar dengan Persatuan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat; Sila kemukakan kad OKU kepada petugas kaunter tiket ketika membeli tiket; Untuk cacat penglihatan, kurang upaya, down sindrom atau kerusi roda, seorang pengiring layak untuk tiket konsesi; Diskaun ke atas tiket untuk kadar lima puluh peratus (50%) akan ditolak dari tambang perjalanan.
  • Pesara Kerajaan Malaysia
    LAYAK untuk pesara yang telah berkhidmat dengan agensi kerajaan Malaysia dan memegang status warganegara Malaysia;
    Sila kemukakan kad pencen kepada petugas kaunter tiket ketika pembelian tiket;
    Lelaki bersara LAYAK untuk mendapatkan konsesi untuk dua orang isteri / balu sahaja;
    Wanita bersara TIDAK LAYAK untuk mendapatkan konsesi kepada suami;
    Diskaun ke atas tiket untuk kadar empat puluh peratus (40%) akan ditolak dari tambang perjalanan.
  • Warga Berusia (UPD)
    Terbuka kepada semua warga berusia yang berstatus kerakyatan warganegara Malaysia sahaja dan berumur 60 tahun dan ke atas akan melayakkan mereka menerima diskaun 50% dari tambang asas perjalanan dewasa ke atas semua kelas perjalanan.
    Terma dan Syarat: - Konsesi Warga Berusia adalah kepada mereka yang berumur 60 tahun dan keatas sahaja;
    Diskaun akan ditolak dari tambang perjalanan* TIDAK daripada tambang penuh **; Caj tambang *** bagi kerusi atau katil berbeza mengikut jenis kelas / koc;
    Salinan atau Kad Pengenalan asal Warganegara Malaysia mesti dikemukakan ketika pembelian tiket sebagai bukti pengesahan untuk kakitangan kaunter mengeluarkan tiket konsesi; Kad Pengenalan asal perlu dikemukakan kepada petugas tren sebagai pengesahan tiket konsesi ketika pemeriksaan tiket di atas keretapi.

    Nota: * Tambang Perjalanan: tambang asas yang dikira mengikut panjang perjalanan dalam kilometer dari asal ke destinasi. ** Tambang Penuh: kombinasi tambang perjalanan dan caj tambang. *** Caj Tambang: tambang yang terdiri dalam tambang perjalanan bagi perkhidmatan kereta api ekspres yang termasuk semua kemudahan, dan keselesaan yang disediakan dalam setiap jenis koc atau kelas yang berlainan.
    Penumpang yg didapati tidak menepati terma dan syarat diatas adalah dianggap menaiki tren tanpa tiket yang sah. Penumpang tersebut akan dikenakan tambang penuh beserta penalti.