PORTAL RASMI

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD

"MERAKYATKAN KERETAPI"
  • |

PROMOSI

Tarikh disiarkan : 19-01-2017    Disiarkan oleh : Subsidiaries Unit Administrator

RIDE N RIDE



KTM Berhad melalui Perkhidmatan KTM Komuter telah mencatat satu lagi sejarah baharu dengan Pelancaran Program Ride N’ Ride (tren basikal). Program ini diadakan bagi memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para penggemar basikal bahawa mereka boleh menaiki tren dengan membawa basikal bersama untuk menuju ke destinasi yang dituju dengan cepat, selamat dan selesa.

Untuk makluman, idea membenarkan penumpang untuk membawa basikal ke dalam tren merupakan inisiatif dari pihak pengurusan melalui Jabatan Perkhidmatan Komuter, berdasarkan kepada permintaan ramai yang kini menjadikan basikal sebagai salah satu mod pengangkutan mereka untuk ke destinasi yang dituju.


JOY RIDE




Program Joy Ride bersama KTM Komuter merupakan produk pakej perjalanan yang terbaharu
diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan KTM Komuter dengan berkonsepkan 'fun,enjoy,learning'
dengan memberi pendedahan awal tentang pengangkutan awam khususnya tren komuter kepada
kanak-kanak taska/tadika dan juga pelajar-pelajar sekolah rendah secara amnya.

Pelbagai aktiviti yang menarik akan dijalankan di atas tren seperti menyanyi & menari, mewarna,
sukaneka dan acara kuiz yang dikendalikan oleh Komuter Vangers.

JOM SERTAI JOY RIDE BERSAMA KTM KOMUTER !

Untuk informasi lanjut dan tempahan sila hubungi 03 - 2279 8843 / 8869


RONDA-RONDA  KTM KOMUTER