PORTAL RASMI

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD

"MERAKYATKAN KERETAPI"
  • |

PERANCANGAN MASA HADAPAN

Tarikh disiarkan : 12-07-2016    Disiarkan oleh : Main Administrator

  • Pembangunan Freight Village
Freight Village adalah dilihat sebagai satu mekanisma strategic yang dapat memberi penyelesaian menyeluruh logistic (Total Logistics Solution) melalui sistem pengangkutan barang yang bersepadu yang dapat mengatasi kesesakkan jalan raya, kemalangan, pencemaran dan sebagainya.
Ianya berfungsi sebagai hub pengangkutan Intermodal dan mempunyai akses kepada rel, lori dan pelabuhan serta mempunyai kemudahan seperti gudang dan pengagihan.
 
  • Smart Collaboration
Bagi meningkatkan daya saing, KTMB akan menjalinkan kerjasama dengan lain-lain syarikat atau organisasi bagi menyediakan infrastruktur atau lain-lain keperluan di dalam usaha KTMB untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan.
 
  • Menaiktaraf Terminal Padang Besar
Terminal Padang Besar akan dinaiktaraf untuk mengatasi masalah kesesakkan dan meningkatkan kecekapan pengendalian operasi di terminal dan kargo dari Selatan Thailand selaras dengan perutusan khas Y.A.B Perdana Menteri pada 20 Januari 2015 mengenai Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara, telah menggariskan beberapa strategi untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara berada pada landsasan yang kukuh dan satu darinya adalah menaiktaraf Terminal Keretapi Padang Besar.