PORTAL RASMI

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD

"MERAKYATKAN KERETAPI"
  • |

Mengenai Antarabandar

Tarikh disiarkan : 03-02-2016    Disiarkan oleh : Main Administrator

KTM Antarabandar adalah nama jenama untuk sekumpulan perkhidmatan kereta api antara bandar diesel diheret dalam Peninsular Malaysia, Singapura dan Thailand yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kebanyakan perkhidmatan beroperasi dari Stesen Sentral Kuala Lumpur. Beberapa beroperasi sepanjang garis Pantai Timur antara Tumpat dan Gemas dan seterusnya ke Singapura. Ada juga satu kereta api merentas sempadan pada setiap hari antara Butterworth, Pulau Pinang dan Hat Yai, Thailand.


Antara perkhidmatan yang ada dalam KTM Antarabandar ialah :

 

Kabin Kelas Satu Selesa (ADNFD)

 

Kabin ini mempunyai katil berkembar (atas & bawah) dan dilengkapi dengan bilik mandi dan tandas. Kabin ini adalah kabin persendirian.

 


 

Kabin Kelas Satu 2plus (ADNFB)

 

Kabin ini mempunyai katil berkembar (atas & bawah). Sinki disediakan. Kabin ini adalah kabin persendirian.

 


 

Koc Tidur Kelas Superior (ADNS)

 

Sekiranya anda mempunyai bajet yang minima dan ingin menggunakan koc tidur, koc ini adalah koc yang sesuai. dengan kapasiti sebanyak 40 katil atas dan bawah serta kemudahan tandas disediakan pada setiap koc. Bagi individu atau kumpulan yang membuat perjalanan, koc ini adalah koc yang sangat sesuai digunakan.

 


 

Tempat Duduk Kelas Prima (AFC)

 

Dengan 3 kerusi sebaris serta ruang yang luas memberikan anda keselesaan yang maksima untuk perjalanan yang jauh. Dengan kemudahan tandas disediakan pada setiap koc memberikan lagi keselesaan untuk perjalanan yang jauh.

 


 

Tempat Duduk Kelas Superior (ASC)

 

Koc ini mempunyai jumlah kerusi sebanyak 60 kerusi. Dengan ruang yang selesa serta tandas yang disediakan pada setiap koc membolehkan perjalanan yang jauh tidak terasa.

 


 

Tempat Duduk Kelas Ekonomi (AEC)

 

Koc ini mempunyai 74 tempat duduk. bagi mereka yang mempunyai bajet yang minima, koc ini sangat sesuai dengan tambahan kemudahan tandas tang disediakan. Dengan penghawadingin yang dipasang memberikan anda satu pengalaman yang selesa walaupun jumlah penumpang yang sedikit ramai.

 


 



Maklumat Lanjut : www.ktmintercity.com.my