PORTAL RASMI

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD

"MERAKYATKAN KERETAPI"
  • |

Mengenai Kargo

Tarikh disiarkan : 12-07-2016    Disiarkan oleh : Main Administrator

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan tren yang selamat, efisien dan boleh dipercayai di dalam perkhidmatan pengangkutan barang dengan mempunyai rangkaian perkhidmatan yang menghubungkan ke pelabuhan dan juga pelabuhan darat di Semenanjung Malaysia.
 
Bagi tujuan tersebut, melalui tenaga kerja yang terlatih dan bermotivasi tinggi serta penggunaan teknologi moden dan pembaharuan berterusan, kami komited untuk menyediakan sistem pengangkutan awam darat yang selamat, boleh dipercayai dan mesra alam yang dapat menyediakan sistem pengangkutan rel yang sesuai untuk mengangkut secara pukal atau kontena.
Melalui konsep containerism dan Intermodalism, kami menghubungkan pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung Malaysia. Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang menepati masa sebagaimana yang dijadualkan berdasarkan kepada “Vessel Concept”.  Dengan ini, kami dapat memenuhi keperluan para pelanggan sebagaimana yang dikehendaki oleh mereka, selain memberikan kadar tambang yang kompetitif serta proses penghantaran yang mudah.