|
Written by Administrator
|
|
Friday, 30 September 2011 00:00 |
|
Embun yang dimaksudkan bukanlah air embun di waktu pagi tetapi ia adalah jenama untuk air mineral yang sedang diedarkan oleh KTMB hasil salah satu OS yang dicadangkan. Air mineral ini merupakan salah satu dari 10 OS yang telah dikenalpasti untuk dilaksanakan segera dan ianya dicadangkan oleh kumpulan Creative.
 Tindakan KTMB menceburi bidang perniagaan air mineral merupakan satu tindakan yang berani ke arah proses transformasi KTMB. Kejayaan KTMB dalam bidang ini bergantung sepenuhnya kepada sokongan padu tidak berbelah bagi oleh semua lapisan kakitangan KTMB.
Oleh itu, apabila anda, anda dan anda hendak meminum air ingatlah kepada Embun. Jadikanlah ini sebagai sahabat anda setiap hari. Anda juga boleh mendapatkan air mineral ini untuk kegunaan keluarga, kawan, mesyuarat, pejabat, penumpang, pelanggan keretapi dan lain-lain. KTMB sangat-sangat mengharap sokongan setiap kakitangan untuk menjadikan perniagaan baru ini Berjaya demi kesejahteraan KTMB. Sebarang pertanyaan atau pesanan, sila hubungi unit STM seperti yang terdapat di laman ini. Satu Embun Satu Hari Sihat Warga KTMB, Maju Keretapi
|
|
Last Updated on Tuesday, 22 November 2011 08:40 |
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|
|
Page 1 of 2 |