Frequently Asked Questions





PAS MINGGUAN & PAS BULANAN KTM KOMUTER UTARA

Apakah itu Pas Bulanan perkhidmatan KTM Komuter Utara?

Pas Bulanan Komuter Utara adalah pas perjalanan 30 hari dari tarikh pembelian pas tersebut.

Bilakah pengenalan Pas Bulanan baharu ini akan dilaksanakan?

Bermula 1 November 2022 (Selasa).

Mengapakah inisiatif ini diadakan?

  • Menggalakkan lebih ramai orang awam supaya menggunakan perkhidmatan awam, khususnya perkhidmatan KTM Komuter; dan
  • Mengurangkan beban pengguna ketika menggunakan perkhidmatan KTM Komuter selepas wabak COVID-19.
  • Apakah perkhidmatan yang terlibat bagi inisiatif ini?

    Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara laluan:

  • Padang Besar – Butterworth – Padang Besar.
  • Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas.
  • Siapakah yang layak bagi inisiatif ini?

    Pengguna perkhidmatan KTM Komuter Utara sahaja.

    Adakah diskaun konsesi (kanak-kanak, warga emas dan OKU) layak menikmati inisiatif ini?

    Ya, semua pengguna konsesi layak menikmati inisiatif ini.

    Apakah ciri-ciri Pas Bulanan?

    Item Trip Tempoh Penggunaan Harga (RM) Diskaun (%)
    Pas Bulanan Perjalanan antara stesen Permulaan dan stesen Destinasi 30 hari dari tarikh pembelian 20 hari perjalanan pergi-balik (atau 40 trip) 33% - 10 hari perjalanan pergi-balik (atau 20 trip)

    Bagaimanakah cara kiraan bayaran Pas Bulanan?

    Stesen Permulaan - Stesen Destinasi Tambang Tiket Sehala Tambang Tiket Pergi- Balik Tambang Tiket Bulanan Diskaun (%)
    Alor Setar ke Padang Besar RM5.70 x 30 hari = RM171.00 RM5.70 x 30 hari x 2 hala = RM342.00 RM5.70 x 20 hari x 2 hala = RM228.00 RM114.00 (33%) penjimatan sebulan dengan penggunaan Pas Bulanan

    Adakah pelaksanaan Tiket Mingguan sedia ada diteruskan?

    Ya. Pelaksanaan Tiket Mingguan sedia ada masih diteruskan dan dikenali sebagai Pas Mingguan.

    Apakah ciri - ciri Pas Mingguan?

    Sama, seperti Tiket Mingguan sedia ada

    Item Trip Tempoh Penggunaan Harga (RM) Diskaun (%)
    Pas Mingguan Perjalanan antara stesen Permulaan dan stesen Destinasi Tujuh (7) hari dari tarikh pembelian Lima (5) hari perjalanan pergi-balik (atau 10 trip) 29% - Dua (2) hari perjalanan pergi-balik (atau empat (4) trip)

    Bagaimanakah cara kiraan bayaran Pas Mingguan?

    Stesen Permulaan - Stesen Destinasi Tambang Tiket Sehala Tambang Tiket Pergi- Balik Tambang Tiket Mingguan Diskaun (%)
    Alor Setar ke Padang Besar RM5.70 x 7 hari = RM39.90 RM5.70 x 7 hari x 2 hala = RM79.80 RM5.70 x 5 hari x 2 hala = RM57.00 RM22.80 (29%) penjimatan seminggu dengan penggunaan Pas Mingguan

    Adakah stesen permulaan dan stesen destinasi perjalanan mestilah sama sepanjang penggunaan Pas Bulanan dan Pas Mingguan ini?

    Ya. Walau bagaimanapun pengguna masih boleh membuat perjalanan di stesen perantara seperti yang tertera pada pas dan dalam tempoh sah laku pas tersebut.

    Apakah medium pembelian Pas Mingguan dan Bulanan?

    1. Laman Sesawang KTMB (Sistem KITS);
    2. Aplikasi KTMB Mobile;
    3. Kiosk Tiket; dan
    4. Kaunter Tiket

  • Bagi Tiket Dewasa layak membeli di semua medium seperti yang dinyatakan dalam perkara (a) hingga (d).
  • Bagi Tiket Konsesi (Kanak-Kanak 4 hingga 12 tahun, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas) hanya boleh dibeli di Kaunter Tiket sahaja.
  • Bolehkah bukan warganegara Malaysia menikmati inisiatif Ini?

    Ya. bukan warganegara Malaysia juga boleh membeli Pas Mingguan dan Bulanan ini.

    Di manakah pengguna boleh membuat pertanyaan lanjut berkaitan inisiatif Ini?

    Pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui Messenger akaun Facebook rasmi KTM Berhad.

    RASIONALISASI TAMBANG PERKHIDMATAN TREN EKSPRES SKYPARK LINK

    Apakah maksud rasionalisasi tambang perkhidmatan tren Ekspres Skypark Link?

    Rasionalisasi tambang perkhidmatan tren Ekspres Skypark Link adalah pengurangan kadar tambang semasa perkhidmatan tren Ekspres Skypark Link dan disamakan dengan kadar tambang perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang bagi laluan Tanjung Malim – Pelabuhan Klang dan Batu Caves – Pulau Sebang.

    Bilakah inisiatif ini akan dilaksanakan?

    Inisiatif ini akan dilaksanakan bermula 9 Jun 2022.

    Mengapakah inisiatif ini diadakan?

  • Menggalakkan lebih ramai orang awam untuk menggunakan pengangkutan awam, khususnya perkhidmatan tren Ekspres Skypark Link.
  • Menyediakan kemudahan pengangkutan awam berasaskan rel yang cekap kepada pengguna Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) serta penduduk sekitar untuk ke pusat bandar Kuala Lumpur dan sebaliknya dengan menggunakan perkhidmatan tren Ekspres Skypark Link.
  • Berapakah Perbezaan Kadar Tambang Semasa Dan Baharu?

    Perjalanan Kadar Tambang Semasa Perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang (RM) Kadar Tambang Maksimum Semasa Ekspres Skypark Link (RM) Kadar Tambang Baharu Ekspres Skypark Link (RM) Peratusan Pengurangan (%)
    Tunai Tanpa Tunai Tunai Tanpa Tunai Tunai Tanpa Tunai Tunai Tanpa Tunai
    KL Sentral – Terminal Skypark N/A N/A 11.00 10.00 4.00 3.50 64% 65%
    KL Sentral – Subang Jaya 2.90 2.60 5.00 4.50 2.90 2.60 42% 43%
    Subang Jaya – Terminal Skypark N/A N/A 5.00 4.50 2.20 2.00 56% 56%

    Adakah Diskaun Konsesi (Kanak-kanak (Berumur 2 - 6 tahun), Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah (Berumur 7 - 18 tahun), Pelajar Universiti dan Kolej, Warga Emas (Berumur 60 tahun dan ke atas) dan Orang Kelainan Upaya) Masih Diguna Pakai Selepas Kadar Tambang Baharu Dilaksanakan?

    Ya. Diskaun konsesi sebanyak 50% bagi golongan yang layak masih lagi terpakai ke atas kadar tambang baharu perkhidmatan tren Ekspres Skypark Link.

    Dimanakah Pengguna Boleh Membuat Pertanyaan Lanjut Berkaitan Inisiatif Ini?

    Akaun media sosial rasmi KTMB;

  • Facebook (KTM Berhad)
  • Twitter (@ktm_berhad))
  • Instagram (ktmbofficial)
  • Atau:

  • Hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03-22671200 (7.00 pagi – 10.00 malam).
  • PAS PERJALANAN BULANAN TANPA HAD MYRAIL5

    Apakah pas MyRail5 dan faedahnya?

    Pas perjalanan bulanan tanpa had selama 30 hari dengan harga RM5 kepada pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6 serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang, KTM Komuter sektor Utara dan Shuttle Timuran (Kuala Lipis – Tumpat).

    Pas MyRail5 diperkenalkan untuk meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan Shuttle Timuran selain mengalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam.

    Berapa lamakah pas MyRail5 akan berada di pasaran?

    1 Januari hingga 31 Disember 2021.

    Apakah syarat kelayakan untuk melanggan pas MyRail5?

  • Warganegara Malaysia;
  • Pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6; dan
  • Golongan OKU
  • Dimanakah saya boleh mendapatkan dan memperbaharui pas MyRail5 bagi pengguna baharu dan pengguna sedia ada?

    Pengguna KTM Komuter sektor Lembah Klang

  • Mendaftar di mana-mana 13 kaunter tiket stesen KTM Komuter terpilih (fasa permulaan) seperti berikut:
      • Sentul, Batu Caves, Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Bandar Tasek Selatan, Kajang, Seremban, KL Sentral, Kepong, Sungai Buloh, Rawang dan Tanjung Malim
      • Pendaftaran di lain-lain stesen akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui saluran rasmi KTMB

    Pengguna KTM Komuter sektor Utara & Shuttle Timuran

  • Bagi pengguna baharu:
      • Mendaftar di mana-mana kaunter tiket KTM Komuter / Shuttle Timuran
      • Secara dalam talian.
  • Bagi pengguna sedia ada:
      • Mendaftar MyRail5 mengikut saluran permohonan awal konsesi (KITS) mereka sama ada di kaunter atau secara dalam talian.

    Apakah dokumen yang perlu dibawa untuk mendapatkan pas MyRail5 bagi pengguna baharu dan pengguna sedia ada?

    Pengguna Baharu - (KTM Komuter sektor Lembah Klang / Utara dan Shuttle Timuran)

  • Kad pengenalan; dan
  • Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6) atau;
  • Kad daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi OKU)
  • Pengguna Sedia Ada - (KTM Komuter sektor Lembah Klang)

  • Kad Pengenalan; dan
  • Kad Konsesi Komuter Link sedia ada
  • Pengguna Sedia Ada - (KTM Komuter Utara dan Shuttle Timuran)

  • No.PNR (KITS)
  • Kad Pengenalan
  • Kad daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi OKU)
  • Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa memperbaharui pas MyRail5?

    Pengguna KTM Komuter sektor Lembah Klang

  • Kad pengenalan
  • Kad Konsesi Komuter Link sedia ada (bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang sahaja)
  • Pengguna KTM Komuter sektor Utara dan Shuttle Timuran

  • No.PNR (KITS)
  • Kad pengenalan
  • Kad OKU
  • Adakah ibu bapa atau penjaga pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6 dan golongan OKU dibenarkan mendaftar bagi pihak mereka?

    Ya, dibenarkan dengan syarat membawa atau muat naik dokumen seperti dinyatakan dalam perkara (5) ketika membuat pendaftaran.

    Bilakah pendaftaran pas MyRail5 akan dibuka?

    Bermula 27 Disember 2020.

    Bilakah saya boleh mula menggunakan pas MyRail5?

    Bermula 1 Januari 2021.

    Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan dan memperbaharui pas MyRail5?

    RM5.

    Saya merupakan pengguna kad Konsesi Komuter Link sedia ada di sektor Lembah Klang dan saya masih mempunyai baki dalam kad Konsesi Komuter Link berkenaan. Bolehkah saya membuat bayaran RM5 menggunakan baki dalam kad Konsesi Komuter Link tersebut?

    Boleh, jika baki kad Konsesi Komuter Link sedia ada melebihi RM5 melalui penolakan daripada baki kad. Sekiranya baki kad Konsesi Komuter Link sedia ada kurang daripada RM5, pengguna perlu membuat bayaran RM5 di kaunter tiket.

    Bilakah saya harus membuat pembaharuan pas MyRail5?

    Bila-bila masa mengikut kesesuaian pengguna.

    Apakah tempoh sah pas MyRail5?

    30 hari berturut-turut (termasuk hujung minggu dan cuti am) dari tarikh pembelian/pembaharuan pas MyRail5

    Bolehkah pas MyRail5 dipindah milik?

    Tidak.

    Bolehkah saya melanggan pas MyRail5 menggunakan kad Touch n’ Go?

    Tidak.

    Bolehkah saya menggunakan pas MyRail5 di rangkaian RapidKL rel dan bas, MRT atau ERL?

    Tidak. Pas MyRail5 hanya sah untuk perjalanan tanpa had di rangkaian KTM Komuter mengikut sektor di Lembah Klang atau sektor Utara dan juga Shuttle Timuran.

    Bagaimana untuk saya mengetahui tarikh akhir pas MyRail5 yang dilanggan?

    Pengguna KTM Komuter Sektor Lembah Klang

  • Tarikh akhir adalah tertera pada skrin get keluar masuk di stesen
  • Pengguna KTM Komuter Sektor Utara dan Shuttle Timuran

  • Tarikh akhir adalah seperti yang tertera pada pas MyRail5
  • Di manakah pengguna boleh membuat pertanyaan lanjut berkaitan pas MyRail5?

    (a) Melalui akaun media sosial rasmi KTMB:

      KTM Berhad
      @ktm_berhad
      ktmbofficial


    (b) Hubungi Pusat Panggilan KTMB:

      03-2267 1200 (7.00 pagi - 11.00 malam)

    KTMB INTEGRATED TICKETING SYSTEM (KITS) UNTUK ETS & INTERCITY

    Apa itu KTMB Integrated Ticketing System (KITS) ?

    KTMB Integrated Ticketing System (KITS) adalah sistem tiket baharu yang diperkenalkan oleh KTMB untuk pembelian tiket bagi perkhidmatan tren ETS, KTM Antarabandar dan KTM Komuter (Utara).

    Bilakah pembelian tiket melalui sistem KITS akan berkuatkuasa?

    Mulai 17 Ogos 2020 untuk pembelian tiket ETS & KTM Intercity bagi perjalanan bertarikh 15 Oktober hingga 31 Disember 2020 dan bermula 15 Oktober 2020 bagi pembelian tiket KTM Komuter (Utara).

    Dengan pelancaran KITS, apakah medium pembelian tiket?

    Tiket boleh dibeli melalui kaunter Tiket, Kiosk, aplikasi KTMB Mobile dan laman sesawang KTMB.

    Adakah KITS boleh dimuat turun dari App Store, Play Store dan AppGalllery?

    Ya.

    Apakah kaedah pembelian tiket melalui sistem KITS?

    Sebelum membuat pembelian pelanggan perlu mendaftar melalui KITS. Bagi pelanggan yang tiada emel, pelanggan perlu membuka akaun emel terlebih dahulu.

    Apakah maklumat yang diperlukan semasa pendaftaran?

    Maklumat yang diperlukan seperti di bawah:

  • Emel
  • Kata laluan
  • Nama seperti di dalam MyKad
  • Nombor Mykad / Passport / Dokumen sokongan
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Tarikh lahir
  • Jantina
  • Warganegara
  • Mengapa pendaftaran perlu dibuat?

    Untuk mendapatkan kod khas pelanggan iaitu Passenger Name Record (PNR) bagi memudahkan pembelian tiket di Kaunter Tiket, Kiosk, aplikasi KTMB Mobile dan laman sesawang KTMB. Selain itu, penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini diinsurankan oleh KTMB.

    Apakah kelebihan pelanggan yang berdaftar dengan KITS?

    Pelanggan yang berdaftar akan menikmati kelebihan seperti di bawah :

  • Menikmati tambang konsesi (tertakluk kepada terma dan syarat konsesi KTMB)
  • Pembatalan tiket dan pindaan perjalanan secara dalam talian (tertakluk kepada terma dan syarat KTMB)
  • Pemberitahuan status perjalanan tren secara dalam talian
  • Tiket dan resit pembelian boleh dikongsi dan dicetak secara dalam talian
  • Mendapat maklumat promosi terkini dari semasa ke semasa
  • Penggunaan KTM Wallet
  • Adakah pelanggan yang layak menikmati tiket konsesi perlu mendaftar?

    Ya.

    Siapakah yang layak menerima tambang konsesi?

    Sila rujuk senarai Konsesi:

  • Angkatan Tentera Malaysia
  • Bekas Tentera
  • Ahli Bomba
  • Pelajar (KTM I-Card)
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Polis Diraja Malaysia
  • Pesara Kerajaan
  • Warga Emas 60 tahun dan ke atas
  • Bagaimanakah cara pendaftaran untuk tiket konsesi?

    Pelanggan perlu login ke sistem KITS melalui laman sesawang KTMB www.ktmb.com.my dan menyediakan dokumen seperti perkara 2.2

    Apakah dokumen sokongan yang diperlukan?

    Sila rujuk dokumen sokongan seperti di bawah :

    BIL SENARAI KONSESI DOKUMEN SOKONGAN
    1. Angkatan Tentera Malaysia Kad Tentera
    2. Bekas Tentera Kad Bekas Tentera
    3. Ahli Bomba Kad Ahli Bomba
    4. Pelajar (KTM I-Card) MyKad & Surat Pengesahan Pelajar / KTM I-Card
    5. Orang Kurang Upaya (OKU) Kad OKU JKM
    6. Polis Diraja Malaysia Kad Polis
    7. Pesara Kerajaan Kad Pesara Kerajaan
    8. Warga Emas 60 tahun dan ke atas Mykad
    Permohonan konsesi yang berjaya akan dihantar melalui emel dalam tempoh 3 – 5 hari bekerja.

    Apakah prosedur pembelian untuk tiket konsesi?

    Sila rujuk perkara seperti di bawah :

    BIL MEDIUM PEMBELIAN TIKET PROSEDUR PEMBELIAN
    1. Kaunter Tiket Mempamerkan nombor PNR
    2. Laman sesawang KTMB www.ktmb.com.my Memasukkan nombor PNR
    3. Aplikasi KTMB Mobile Memasukkan nombor PNR
    4. Kiosk Tiket Memasukkan nombor PNR

    Adakah kaedah pembayaran tiket?

    Pembayaran tiket boleh dibuat secara Tunai, KTM Wallet, Kad Kredit, Kad Debit/ATM, e-Wallet Touch ‘n’ Go & Boost . Sila rujuk perkara seperti di bawah :

  • Kaunter Tiket : Tunai, Kad kredit/debit dan KTM Wallet
  • Laman web KTMB : KTM Wallet, Kad Kredit, Kad Debit/ATM, e-Wallet Touch ‘n’ Go & Boost
  • Kiosk Tiket : Kad kredit/debit, e-Wallet Touch ‘n’ Go & Boost
  • Aplikasi KTMB Mobile : KTM Wallet, Kad Kredit, Kad Debit/ATM dan e-Wallet Touch ‘n’ Go & Boost
  • Adakah pembelian tiket boleh dibuat jika saya tidak berdaftar dengan KITS?

    Ya. Pembelian tiket boleh dibuat melalui Kaunter Tiket dan Kiosk Tiket tetapi hanya untuk pembelian tiket tambang penuh bagi kategori penumpang dewasa dan kanak-kanak sahaja.

    Berapakah jumlah pembelian tiket yang dibenarkan pada setiap transaksi pembelian?

    Mengikut terma seperti berikut :

  • Kaunter Tiket maksima adalah 99 tiket
  • Dalam talian maksima per transaksi adalah 6 tiket
  • Kiosk maksima per transaksi adalah 6 tiket
  • Adakah tiket yang telah dibeli boleh dibatalkan?

    Ya. Tertakluk kepada terma dan syarat KTMB.

    Adakah tiket boleh dipinda/pindahmilik?

    Tidak. Pindaan tiket tidak dibenarkan seperti tarikh perjalanan atau waktu berlepas atau nombor tren atau butiran penumpang.

    Bagaimanakah cara pembatalan tiket dibuat?

    Pembatalan tiket boleh dibuat melalui:

  • Kaunter Tiket
  • Laman sesawang KTMB
  • Aplikasi KTMB Mobile
  • Adakah pembatalan tiket boleh dibuat secara dalam talian?

    Ya. Bagi pembelian tiket yang dibuat melalui dalam talian sahaja.

    Adakah pemulangan tambang bagi pembatalan perjalanan diberi secara tunai ?

    Tidak. Pemulangan tambang akan dikreditkan ke akaun KTM Wallet pelanggan, bagi penumpang warganegara Malaysia dan Singapura tiada pemulangan tambang tunai atau pemindahan ke akaun bank atau akaun kad kredit pelanggan.

    Bagaimanakah kaedah pemulangan tambang kepada pelanggan?

    Kaedah pemulangan tambang adalah seperti berikut:

    WARGANEGARA MALAYSIA/ SINGAPURA
    BIL MOD BAYARAN TIKET CARA PEMULANGAN
    1. KTM Wallet KTM Wallet
    2. Tunai KTM Wallet
    3. Kad Kredit/Kad Debit KTM Wallet
    4. Perbankan Dalam Talian KTM Wallet
    5. e-Wallet Touch ‘n’ Go & Boost KTM Wallet

    PELANCONG LUAR NEGARA
    BIL MOD BAYARAN TIKET CARA PEMULANGAN
    1. Tunai/ Kad Debit Tunai
    2. Kad Kredit Kad Kredit

    Bagaimanakah cara pemulangan tambang jika pelanggan tiada akaun KTM Wallet?

    Pelanggan mesti mendaftar di laman sesawang KTMB atau mengimbas kod QR di kaunter tiket untuk mendapatkan akaun KTM Wallet. Pelanggan juga boleh membuat pemulangan tambang di kaunter tiket dengan menggunakan akaun KTM Wallet pasangan/rakan/saudara.

    Apa itu KTM Wallet ?

    KTM Wallet merupakan akaun elektronik untuk pelanggan membuat bayaran transaksi pembelian atau pemulangan tambang secara dalam talian. Ianya berfungsi seperti kad kredit/debit dan dilindungi dengan kata laluan peribadi pemilik eWallet.

    Berapakah tempoh masa untuk pemulangan tambang ke akaun KTM Wallet pelanggan?

    Pemulangan tambang dikreditkan ke KTM Wallet secara serta merta selepas proses tuntutan dibuat.

    Apakah kelebihan KTM Wallet ?

    Nilai kredit dalam KTM Wallet boleh digunakan untuk membuat bayaran tambang tiket tren ETS, KTM Intercity, KTM Komuter (Utara), makanan/minuman dan barangan cenderahati KTMB dan lain-lain produk yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

    Adakah pengguna boleh tambah nilai di dalam KTM Wallet?

    Ya. Pada ketika ini, tambah nilai di dalam KTM Wallet boleh dibuat secara dalam talian sahaja.

    Bilakah tarikh luput untuk nilai kredit di dalam KTM Wallet?

    Tiada tarikh luput untuk nilai kredit di dalam KTM Wallet. Namun, jika pelanggan menamatkan penggunaan KTM Wallet, nilai kredit tidak akan dipulangkan.

    ETS Business Class Coach

    When is the commercial run date of ETS2 Business Class?

    The commercial run date for ETS2 Business Class is on 11 October 2019.

    How much is the fare?

    Promotional fares from 11 October till 30 November 2019 as follows:

    NO. FARE TYPES
    (SINGLE JOURNEY)
    ROUTE (STATION)
    KL SENTRAL

    IPOH
    KL SENTRAL

    PADANG BESAR
    1. ADULT (RM) 50.00 112.00
    2 CONCESSION (RM)

    50% discount from adult travel fare

    ● Children (4-12 years)
    ● Senior citizen (60 years and above)
    ● Government pensioner and wife
    ● Disabled Person (OKU)
    29.00 60.00
    3 FREE ride for children between 1 to 3 years old. FREE FREE

    What is the difference between existing class coaches and Business Class coach?

    Business Class coach offers:

  • Free Wi-Fi
  • Dedicated steward and stewardess
  • 45-degree recline and rotating seat
  • Reading light
  • Specially catered meal
  • Amenities kit
  • Single seat & couple seat
  • AVOD - Audio Video On-board Entertainment at your seat
  • Where and when can I purchase Business Class ticket?

  • KTMB ticket counter, KTMB website and KTMB Mobile application
  • WHEN – Open for sale at 8.30 am, starting 12 September 2019
  • Where can I refer for the train schedule and travel fare of Business Class?

    KTMB ticket counter, KTMB website and KTMB Call Center

    How many coaches are available for Business Class?

    Only one coach from six coaches of ETS2 train set.

    Where Business Class coach is located?

    Business Class is located at coach A.

    How many seats are available for Business Class coach?

    12 seats (single seat) & 24 seats (couple seat)

    Does the period of ticket purchase for Business Class is similar to the existing ETS services?

    Yes, the ticket purchase period is similar to the existing ETS services.

    Is there any Business Class ticket purchase for short distance journey?

    Sorry, currently there is NO ticket for short distance journey .

    Is there an advanced ticket booking for Business Class?

    Yes, advanced ticket booking is available for Business Class.

    Any concession fare?

    YES. Promotional fares period – CONCESSION OF 20% DISCOUNT FROM THE ADULT TRAVEL FARE:

  • Children (4-12 years)
  • Senior citizen (60 years and above)
  • Government pensioner and wife
  • Disabled Person (OKU)
  • What are payment methods for Business Class ticket?

  • KTMB ticket counter – Cash & Credit/Debit Card (selected stations)
  • Website (Online-Ticket) – Credit/Debit card/Wallet
  • Mobile apps – KTMB Mobile
  • I have an ETS ordinary class ticket. Would I be able to switch to Business Class ticket?

    Yes, Terms & conditions may apply. Please refer to current terms & conditions, customer will be notified via KTMB official communication channel of changes.

    Can I get a refund or do any amendment for Business Class ticket?

    Yes, Terms & conditions may apply. Please refer to current terms & conditions, customer will be notified via KTMB official communication channel of changes.

    What is the terms & conditions?

    Refer to current terms & conditions, customer will be notified via KTMB official communication channel of changes.

    What is the service frequency for Business Class coach?

    Twice per day, every day.

    What are the routes of Business Class coach service?

    It will cater routes between Station KL Sentral to Padang Besar and vice versa. Business Class service route to other destination will be extended in stages.

    How many station stops for Business Class coach service?

    12 station stops between Station KL Sentral and Station Padang Besar route as per below:

  • KL Sentral
  • Kuala Lumpur
  • Kampar
  • Batu Gajah
  • Ipoh
  • Kuala Kangsar
  • Taiping
  • Parit Buntar
  • Sungai Petani
  • Alor Setar
  • Arau
  • Padang Besar
  • Is the ticket price inclusive meal?

    Yes, the ticket price is inclusive on-board meal.

    Will the meals be served by steward/stewardess?

    Yes, the meals will be served by KTMB steward/stewardess on-board.

    Is outside food allowed inside the Business Class coach?

    Sorry, NO outside food is allowed inside the Business Class coach.

    KTM Komuter Services

    What is KTM Komuter?

    KTM Komuter is the first electrified commuter train service in Malaysia. It was introduced in 1995 in order to provide suburban railway services that cover the city center and suburban areas. It is a popular mode of transport for the people in the Klang Valley to commute to Kuala Lumpur City Center. Passengers can rest in the comfort of modern coaches while being taken to their destinations at very reasonable fares.

    The service was later introduced to the northern Peninsular Malaysia states of Kedah, Perak and Pulau Pinang in September 2015 after the completion of the Ipoh-Padang Besar Electrification and Double-Tracking Project.

    In October 2015, services to the southern sector were introduced to cover services between Seremban to Pulau Sebang (Tampin) after the completion of the Seremban - Gemas Electrification and Double-Tracking Project.

    What route does the KTM Komuter take, what area does it cover?

    KTM Komuter presently offers services between:

    Klang Valley & Southern (TOTAL OF 55 STATIONS) : Batu Caves – Pulau Sebang & Tanjung Malim – Pelabuhan Klang.

    Northern routes (TOTAL OF 20 STATIONS): Padang Rengas – Butterworth & Butterworth – Padang Besar

    What is the currency used for all transactions?

    All prices for tickets and other items, are in MYR

    Where can passengers get more info about the KTM Komuter services?

    The quickest way to get in touch with us is via our Facebook & Twitter @ktm_berhad or call the KTMB Call Centre at +603-2267 1200

    Where can I get the KTM Komuter train timetables?

    Komuter routes map are available Here!

    Check out more details info about KTM Komuter timetables Here!

    Can Touch & Go cards be used on KTM Komuter?

    Yes, you can use the Touch & Go. All stations are equipped with Touch & Go facilities.

    Does KTM Berhad have its own Stored Value Card?

    Yes, it is called the Komuter Link Card. Komuter Link Cards for Adults, Students, Senior Citizens and the Disabled are available at the KTM Komuter ticket counters.

    Does KTM Komuter have interchange stations linking to other bus and rail operators?

    Yes, KTM Komuter is linked to the following interchange stations:

    KL Sentral - ETS, Skypark Link (Subang Airport), LRT Rapid KL, MRT, KL Monorail, KLIA Express, KLA Transit

    Kuala Lumpur - LRT Rapid KL, MRT

    Bandar Tasik Selatan - LRT Rapid KL, KLIA Transit, Terminal Bersepadu Selatan (TBS – Bus Terminal)

    Bank Negara - Rapid KL (LRT Ampang Line)

    Setia Jaya - Bus Rail Transit (BRT)

    Subang Jaya - LRT Rapid KL

    Sungai Buloh - MRT

    Kajang – MRT

    Can arrangements for group travel be made on KTM Komuter?

    Yes, our marketing team will be happy to provide and assist you with information on this matter. Please call +603–22798843 or visit:

    KTM Komuter office on Level 4, KL Sentral Station.

    Can arrangements for group travel be made on KTM Komuter?

    Yes, our marketing team will be happy to provide and assist you with information on this matter. Please call 03 – 22798843 or visit:

    KTM Komuter office on Level 4, KL Sentral Station.

    KTM Komuter Ladies Coach

    What is Ladies Coach?

    Ladies Coach is a coach specially reserved for lady passengers as an option when using KTM Komuter Service.

    What is the purpose of the Ladies Coach?

    It provides lady commuters with a more comfortable and safe journey i.e. in avoiding the risks of sexual harassment in a congested environment.

    What are the other benefits of the Ladies Coach?

    Apart from reduced risks of sexual harassment it also deters pick pocketing on board the train and also helps ease-off direct contact with members of the opposite sex making the ride more comfortable and stress-free.

    Where is the Ladies Coach situated?

    The Ladies Coach is situated at the center of each KTM Komuter train set, i.e. coaches C & D. The Ladies Coach is available at all times inclusive of weekends and public holidays.

    Who may board the Ladies Coach?

    All lady passengers of any age and boys below the age of 12 accompanied by a female guardian / relative can board and ride on the Ladies Coach.

    How can passengers differentiate the Ladies Coach from a normal coach?

    The Ladies Coach is identified through special stickers on doors and windows as well as the interior and exterior of the two (2) coaches at the center of each train set.

    What can lady passengers do if male passengers are on board the Ladies Coach?

    Lady passengers may approach the male passengers politely and ask them to switch to the normal coach.

    What if the Ladies Coach is congested?

    If the Ladies Coach is congested, lady passengers can choose to board the normal coaches i.e. coaches A, B, E & F.

    What are the options available when travelling with family/ companion/ friends?

    You may apply one of the following options:

    a) Board the normal coach with family members / companion / friends; or

    b) Lady passengers and boys below the age of 12 years may travel on board the Ladies Coach.

    c) Male family members / companion / friends may board normal coaches whilst lady family members board the Ladies Coach – temporary separation

    Would you like to share your opinion or give us some feedback about Ladies Coach?

    Please email to us at callcenter@ktmb.com.my, tweet us at @ktm_berhad or contact the KTMB Call Centre at +603–2267 1200.